Make your own free website on Tripod.com

Anda adalah pengunjung yang ke- ke laman saya sejak 7 Julai 1998. Terima kasih dan jumpa lagi.



Gambar kenangan bersama kawan-kawan karib semasa di darjah enam (1997) di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Bukit Mertajam. Gambar saya ialah yang sedang duduk (di tengah).

Salam dan selamat sejahtera untuk semua yang sudi menjenguk ke laman saya. Saya sekarang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pening juga kepala kerana banyak perkara baru nak dipelajari di tingkatan satu ni. Seperti di sekolah rendah, di sekolah menengah juga saya masih aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sekarang saya telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Sidang Petang, ajk Kadet Remaja Sekolah, Kelab Memanah dan pemegang tali pinggang biru tae-kwan-do. Seperti remaja lain juga, saya mempunyai sebuah basikal BMX yang menjadi kebanggaan dan kesayangan saya.



Foto ini dah lama (1993), tapi tetap menjadi nostalgia bagi saya. Di sebelah saya ialah kawan baik saya di Beeston Field Junior School, Nottingham, England iaitu Robert. Kemesraan dan baikbudi mereka melayani saya sehingga sekarang sukar saya lupai.